Tuesday, January 21, 2014

ALAT DAN BAHAN

Teks: Rosmalina Che OmarFoto: Carian Goggle


Bahan yang digunakan dalam menghasilkan seni jahitan manik seeloknya berkualiti dan bermutu agar rekaan yang dihasilkan menjadi cantik, tahan lebih lama dan kemas. Antaranya ialah:
  • Jarum
Jarum sulaman manik biasanya bersaiz panjang dan halus bagi memudahkan sulaman kerana lubang manik kecil dan sangat halus. Jarum bersaiz 8 hingga 12 sangat sesuai digunakan untuk menyulam manik kerana mempunyai lubang jarum yang kecil, strukturnya yang panjang dan boleh dilenturkan. 


  • Benang
Benang dari material 100% polyester atau nilon tetapi bukan dari jenis kapas yang lebih murah kerana mudah putus dan rapuh. Gunakan dua lembar benang memadai untuk menguatkan setiap sulaman.

Benang yang digunakan untuk jahitan 3D
  • Wax
Digunakan untuk mematikan simpulan benang pada bahagian bawah fabrik. selain itu ia berfungsi untuk melicinkan benang terutama dalam penghasilan rekaan 3D agar tidak mudah bersimpul dan menjaga kualiti ketahanan benang.


  • Pensil/ Art Pen
Berfungsi untuk melukis pola. Sebaiknya guna dari jenis yang boleh dicuci dengan air.



  • Fabrik
Pelbagai jenis kain boleh digunakan untuk sulaman manik. Namun ia bergantung juga ada rekaan yang ingin dihasilkan. Material sifon beralas mungkin memerlukan kain pelapik di bahagian dalam fabrik agar rekaan lebih kemas dan tahan lama.

Thursday, January 16, 2014

PENGENALAN MANIK


Teks: Rosmalina Che Omar
Foto:Koleksi Peribadi


Apakah ia seni jahitan manik? Ianya ialah sulaman yang dihasilkan dari kerja tangan menggunakan material manik, labuci, dan sebagainya untuk menghasilkan suatu rekaan yang cantik dan anggun. Ia magis yang dapat mentranformasikan suatu busana menjadi baru dan penuh kilauan. Keistimewaannya juga adalah pada efek yang dihasilkan dari design, paduan warna mahupun pada kepelbagaian material yang digunakan. 


3D Ruffles dan Cabochon.
Tampalan renda.




Crumble Dedaun.
Namun tidak dapat disangkal bahawa proses penghasilannya amat rumit dan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia juga memerlukan kemahiran dan kreativiti serta kesabaran bagi menghasilkan rekaan cantik dan berkualiti. 
Rekaan asas dan bunga labuci.
Seni jahitan manik boleh dilalukan sendiri, namun bergantung pada minat, kreativiti, mahupun kekangan masa menyebabkan ia terbengkalai di tengah jalan. Walau bagaimanapun, kita boleh menghantar busana kepada 'beader' untuk diserikan. Insyaallah pelbagai rekaan manik terkini berada di pasaran mengikut peredaran zaman dari asas, 'Shimmering Flora', 'Crumble', tampalan renda hinggalah yang lebih canggih seperti manik 3D dan 'bracelet'.

Sunday, January 12, 2014

LANGKAH PERTAMA

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t sebagai pembuka bicara dalam entri pertama pengenalan diri ini.Salam perkenalan dari saya buat semua.


Semoga tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2014'. Memasuki tahun baru moga azam saya azam baru, rutin harian baru dan dapat memperbaiki diri ini menjadi lebih berfikiran positif dan ebih menjaga tubuh badan agar cergas dan sihat agar lebih efektif dalam menguruskan kehidupan seharian. Saya menyambut tahun baru di dalam pantang bersalin anak kedua, kelahiran yang ditunggu-tunggu lebih lima tahun. Seorang bayi perempuan yang diberi nama 'Raisha Az-Zahraa'. Alhamdulillah, syukur.




Saya, Rosmalina Che Omar, anak buat pasangan ayah bonda tersayang, Che Omar Hashim dan Puan Rosnah Abdullah. Kekanda sulong buat Mohd Rosmanizam dan Rosmalinda. Saya berkahwin dengan Mohamad Zaki Mhd Ali pada tahun lompat 29 Februari 2008 yang hanya dapat disambut empat tahun sekali dan ibu kepada Muhammad Raees Zafran yang kini tadika di Little Caliphs di Saujana Damansara.


Lulusan dari UiTM Shah Alam dalam bidang seni lukis dan seni reka pada 2006. Setelah berjaya menamatkan pengajian, saya bekerja dalam beberapa bidang yang berbeza bagi mengutip pengalaman agar dapat dimanfaatkan dikemudian hari. Antaranya terlibat dalam penjualan aksesori kereta import, pembantu peribadi kepada ketua eksekutif syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan di dalam bidang ICT, guru sandaran di sekolah menengah kebangsaan dan pernah menjalankan perniagaan butik di Shah Alam. Namun mungkin kerana ilmu perniagaan belum cukup, butik itu akhirnya terpaksa ditutup setelah hampir dua tahun beroperasi. 

Minat memasak manisan pada masa terluang, saya mencuba resepi-resepi "yang menjadi trend seperti "crepe mille", "pavlova", kek "red velvet" dan "rainbow". Selain itu, pada masa yang ada dalam menjalankan rutin harian, saya suka menghias rumah dengan konsep kedesaan inggeris. Malah dengan berhias rumah, saya dapat menambah kenalan dan bertukar pandangan serta tips menghias rumah melalui forum dan persatuan yang disertai. Walau bagaimanapun, hobi utama ialah memanik dan ini juga jadikan sumber pendapatan sampingan. Saya juga ada menganjurkan kelas belajar memanik pada yang berminat. Memanik dapat mengajar saya menjadi seorang yang penyabar dan lebih teliti. Alhamdulillah saya suka pada apa yang saya lakukan ini. 

Kemudian dari hanya membaca blog-blog yang ada pada masa lapang, akhirnya timbul keinginan menjadi seorang 'blogger'. Maka dengan mengambil langkah mencari info, akhirnya bertemulah saya dengan Puan Anys Idayu, cikgu yang mengajar saya, anak murid yang 'rabun IT' ini. Dengan promosi yang menarik, saya tertarik ingin menyertai 'Akademi Bekerja Dari Rumah', kerana dengan menyertai Akademi ini dapat mempelajari asas bembina blog penulisan dan bisnes. Sambil menyelam minum air, peluang ini saya ambil kerana selain mempunyai blog dapat menjana pendapatan pula. Dalam tempoh berpantang yang belum habis, saya menghubungi 'Cikgu Anys Idayu' dan bermulalah saya yang baru pada saat ini. Selain itu, tidak lupa buat Pengasas Akademi, Puan Masayu Ahmad, tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan peluang buat semua yang inginkan pembaharuan dalam hidup.

Akhir kata, salam perkenalan dari saya buat semua pembaca, moga bersama kita dapat manfaat dari perkongsian yang tak seberapa ini. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.w.t dan segala kekurangan dari saya mohon dimaafkan. Berjumpa lagi pada entri yang lain, doakan agar saya dapat terus menulis.