Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

PERASAN TAK?

PERASAN TAK ??



PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen... PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...
PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...
PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...
PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar...
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang : 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang : 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga : 1. Kasih Sayang .. 2. Cinta 3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti : 1. Kekayaan .. 2. Kejayaan 3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang : 1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses : 1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki .. 2. Umur 3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI : 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian. ?.
Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh dan solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang. Maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya. Amin.
Selamat membaca dan beramal.
😊 Salam ukhuwah

Sunday, January 12, 2014

LANGKAH PERTAMA

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t sebagai pembuka bicara dalam entri pertama pengenalan diri ini.Salam perkenalan dari saya buat semua.


Semoga tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan 'Selamat Tahun Baru 2014'. Memasuki tahun baru moga azam saya azam baru, rutin harian baru dan dapat memperbaiki diri ini menjadi lebih berfikiran positif dan ebih menjaga tubuh badan agar cergas dan sihat agar lebih efektif dalam menguruskan kehidupan seharian. Saya menyambut tahun baru di dalam pantang bersalin anak kedua, kelahiran yang ditunggu-tunggu lebih lima tahun. Seorang bayi perempuan yang diberi nama 'Raisha Az-Zahraa'. Alhamdulillah, syukur.




Saya, Rosmalina Che Omar, anak buat pasangan ayah bonda tersayang, Che Omar Hashim dan Puan Rosnah Abdullah. Kekanda sulong buat Mohd Rosmanizam dan Rosmalinda. Saya berkahwin dengan Mohamad Zaki Mhd Ali pada tahun lompat 29 Februari 2008 yang hanya dapat disambut empat tahun sekali dan ibu kepada Muhammad Raees Zafran yang kini tadika di Little Caliphs di Saujana Damansara.


Lulusan dari UiTM Shah Alam dalam bidang seni lukis dan seni reka pada 2006. Setelah berjaya menamatkan pengajian, saya bekerja dalam beberapa bidang yang berbeza bagi mengutip pengalaman agar dapat dimanfaatkan dikemudian hari. Antaranya terlibat dalam penjualan aksesori kereta import, pembantu peribadi kepada ketua eksekutif syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan di dalam bidang ICT, guru sandaran di sekolah menengah kebangsaan dan pernah menjalankan perniagaan butik di Shah Alam. Namun mungkin kerana ilmu perniagaan belum cukup, butik itu akhirnya terpaksa ditutup setelah hampir dua tahun beroperasi. 

Minat memasak manisan pada masa terluang, saya mencuba resepi-resepi "yang menjadi trend seperti "crepe mille", "pavlova", kek "red velvet" dan "rainbow". Selain itu, pada masa yang ada dalam menjalankan rutin harian, saya suka menghias rumah dengan konsep kedesaan inggeris. Malah dengan berhias rumah, saya dapat menambah kenalan dan bertukar pandangan serta tips menghias rumah melalui forum dan persatuan yang disertai. Walau bagaimanapun, hobi utama ialah memanik dan ini juga jadikan sumber pendapatan sampingan. Saya juga ada menganjurkan kelas belajar memanik pada yang berminat. Memanik dapat mengajar saya menjadi seorang yang penyabar dan lebih teliti. Alhamdulillah saya suka pada apa yang saya lakukan ini. 

Kemudian dari hanya membaca blog-blog yang ada pada masa lapang, akhirnya timbul keinginan menjadi seorang 'blogger'. Maka dengan mengambil langkah mencari info, akhirnya bertemulah saya dengan Puan Anys Idayu, cikgu yang mengajar saya, anak murid yang 'rabun IT' ini. Dengan promosi yang menarik, saya tertarik ingin menyertai 'Akademi Bekerja Dari Rumah', kerana dengan menyertai Akademi ini dapat mempelajari asas bembina blog penulisan dan bisnes. Sambil menyelam minum air, peluang ini saya ambil kerana selain mempunyai blog dapat menjana pendapatan pula. Dalam tempoh berpantang yang belum habis, saya menghubungi 'Cikgu Anys Idayu' dan bermulalah saya yang baru pada saat ini. Selain itu, tidak lupa buat Pengasas Akademi, Puan Masayu Ahmad, tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan peluang buat semua yang inginkan pembaharuan dalam hidup.

Akhir kata, salam perkenalan dari saya buat semua pembaca, moga bersama kita dapat manfaat dari perkongsian yang tak seberapa ini. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah s.w.t dan segala kekurangan dari saya mohon dimaafkan. Berjumpa lagi pada entri yang lain, doakan agar saya dapat terus menulis.