Showing posts with label Tempahan Manik. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Manik. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

✿Halfmoon Adra Lace✿



✿Halfmoon Adra Lace✿

Tudung halfmoon daripada material sifon. Diperindahkan dengan penggunaan lace, 'rosette' ros dan taburan manik berkualiti serta hot fix batu Swarovski Elements. Gaya permakaian boleh diperbagaikan. 
Hanya berharga RM63.00 (FREE POSTAGE) :)


Code: Adra Lace 01
Color: Purple Orchid
Price: RM 63.00 (FREE POSTAGE)


'Detailing' pada tudung.

Code: Adra Lace 02
Color: Peach Cinnamon
Price: RM 63.00 (FREE POSTAGE)

'Detailing' pada tudung.

Code: Adra Lace 03
Color: Light Peach
Price: RM 63.00 (FREE POSTAGE)


'Detailing' pada tudung.



Code: Adra Lace 04
Color: Citrus
Price: RM 63.00 (FREE POSTAGE)

'Detailing' pada tudung.

Code: Adra Lace 05
Color: Fuchsia
Price: RM 63.00 (FREE POSTAGE)



'Detailing' pada tudung.

Code: Adra Lace 06
Color: Orange Tangerine
Price: RM 63.00 (FREE POSTAGE)





'Detailing' pada tudung.



Monday, February 10, 2014

MATERIAL UNTUK JAHITAN MANIK


Teks: Rosmalina Che OmarFoto: Carian Goggle dan koleksi peribadi


Material yang digunakan di dalam sesuatu design selalunya bergantung kepada budget yang dikeluarkan. Namun yang maal tidak semestinya boleh tahan lama dan yang murah pula tidak semestinya akan luntur dengan cepat. Berhati-hati dengan pemilihan jenis manik kerana ada penjual mengambil kesempatan dengan rupa manik berkilat dan menjualnya dengan harga yang mahal.

Dalam mengikuti peredaran masa, evolusi pemilihan material juga semakin berkembang dan banyak pilihan. Jika dahulu lebih kepada manik dan labuci namun sekarang penggunan seperti renda, batu kristal dan batu arkilik,mahupun bunga 3D yang digubah dari kain menjadi pilihan. 

Diantara contoh-contoh adalah seperti di bawah:


Mutiara (glass pearls)

Campuran mutiara untuk rekaan 'crumble' 
Labuci mangkuk 'matellic'
Labuci mangkuk 'opaque'
Labuci mangkuk 'translucent'
Manik11/0 2 'cut hexagon'
Manik 11/0 'round hole RR'

'Crystal Applique Rainbow Stone'

'Border Lace' 12" inci
'Border  Lace Trimming'

'Embroidered Lace'

Tuesday, January 21, 2014

ALAT DAN BAHAN

Teks: Rosmalina Che OmarFoto: Carian Goggle


Bahan yang digunakan dalam menghasilkan seni jahitan manik seeloknya berkualiti dan bermutu agar rekaan yang dihasilkan menjadi cantik, tahan lebih lama dan kemas. Antaranya ialah:
  • Jarum
Jarum sulaman manik biasanya bersaiz panjang dan halus bagi memudahkan sulaman kerana lubang manik kecil dan sangat halus. Jarum bersaiz 8 hingga 12 sangat sesuai digunakan untuk menyulam manik kerana mempunyai lubang jarum yang kecil, strukturnya yang panjang dan boleh dilenturkan. 


  • Benang
Benang dari material 100% polyester atau nilon tetapi bukan dari jenis kapas yang lebih murah kerana mudah putus dan rapuh. Gunakan dua lembar benang memadai untuk menguatkan setiap sulaman.

Benang yang digunakan untuk jahitan 3D
  • Wax
Digunakan untuk mematikan simpulan benang pada bahagian bawah fabrik. selain itu ia berfungsi untuk melicinkan benang terutama dalam penghasilan rekaan 3D agar tidak mudah bersimpul dan menjaga kualiti ketahanan benang.


  • Pensil/ Art Pen
Berfungsi untuk melukis pola. Sebaiknya guna dari jenis yang boleh dicuci dengan air.



  • Fabrik
Pelbagai jenis kain boleh digunakan untuk sulaman manik. Namun ia bergantung juga ada rekaan yang ingin dihasilkan. Material sifon beralas mungkin memerlukan kain pelapik di bahagian dalam fabrik agar rekaan lebih kemas dan tahan lama.