Tuesday, January 21, 2014

ALAT DAN BAHAN

Teks: Rosmalina Che OmarFoto: Carian Goggle


Bahan yang digunakan dalam menghasilkan seni jahitan manik seeloknya berkualiti dan bermutu agar rekaan yang dihasilkan menjadi cantik, tahan lebih lama dan kemas. Antaranya ialah:
  • Jarum
Jarum sulaman manik biasanya bersaiz panjang dan halus bagi memudahkan sulaman kerana lubang manik kecil dan sangat halus. Jarum bersaiz 8 hingga 12 sangat sesuai digunakan untuk menyulam manik kerana mempunyai lubang jarum yang kecil, strukturnya yang panjang dan boleh dilenturkan. 


  • Benang
Benang dari material 100% polyester atau nilon tetapi bukan dari jenis kapas yang lebih murah kerana mudah putus dan rapuh. Gunakan dua lembar benang memadai untuk menguatkan setiap sulaman.

Benang yang digunakan untuk jahitan 3D
  • Wax
Digunakan untuk mematikan simpulan benang pada bahagian bawah fabrik. selain itu ia berfungsi untuk melicinkan benang terutama dalam penghasilan rekaan 3D agar tidak mudah bersimpul dan menjaga kualiti ketahanan benang.


  • Pensil/ Art Pen
Berfungsi untuk melukis pola. Sebaiknya guna dari jenis yang boleh dicuci dengan air.



  • Fabrik
Pelbagai jenis kain boleh digunakan untuk sulaman manik. Namun ia bergantung juga ada rekaan yang ingin dihasilkan. Material sifon beralas mungkin memerlukan kain pelapik di bahagian dalam fabrik agar rekaan lebih kemas dan tahan lama.

No comments:

Post a Comment